Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Kaum muslimin dan muslimat, adakah manusia yang tahu kapan terjadinya "Hari Kiamat"? Jawabannya tidak ada manusia yang tahu kapan terjadinya "Hari Kiamat", melainkan hanya Allah lah yang tahu. Tetapi Allah memberitahu beberapa tanda kapan terjadinya "Hari Kiamat". Baiklah saya akan memberitahu beberapa penjelasan tentang "Hari Kiamat" :
A. Pengertian / Arti Definisi Hari Kiamat (Hari Akhir)
Hari Kiamat adalah peristiwa di mana alam semesta beserta isinya hancur luluh yang membunuh semua makhluk di dalamnya tanpa terkecuali. Hari kiamat ditandai dengan bunyi terompet sangkakala oleh Malaikan Israfil atas perintah dari Allah SWT. Setelah semua makhuk yang hidup mati maka Allah SWT akan membali memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup terompet untuk yang kedua kali guna membangunkan orang semua yang telah mati untuk bangkit kembali mulai dari manusia pertama zaman Nabi Adam hingga manusia yang terakhir saat kiamat tiba untuk melaksanakan hari pembalasan.31
B. Macam-Macam / Jenis-Jenis Kiamat
Kiamat ada dua macam, yakni :
1. Kiamat Sughra/Sughro (Kiamat Kecil)
Kiamat Sughra adalah kiamat kecil yang sering terjadi dalam kehidupan manusia yaitu kematian. Setelah mati roh seseorang akan berada di alam barzah atau alam kubur yang merupakan alam antara dunia dan akhirat.
Kiamat sughra sudah sering terjadi dan bersifat umum atau biasa terjadi di lingkungan sekitar kita yang merupakan suatu teguran Allah SWT pada manusia yang masih hidup untuk kembali ke jalan yang lurus dengan taubat.
2. Kiamat Kubra/Kubro (Kiamat Besar)
Kiamat kubra adalah kiamat yang mengakhiri kehidupan di dunia ini karena hancurnya alam semesta beserta isinya. Setelah kiamat besar maka manusia akan menjalani alam setelah alam barzah / alam kubur.
Kiamat kubra akan terjadi satu kali dan itu belum pernah terjadi dengan kejadian yang benar-benar luar biasa di luar bayangan manusia dengan tanda-tanda yang jelas dan pada saat itu segala amal perbuatan tidak akan diterima karena telah tertutup rapat.
C. Tanda-Tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat
merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat.
Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan
tanda-tanda besar.
1. Tanda-tanda kecil
Didapati
kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti
yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan
di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
★ Penaklukan Baitulmuqaddis
“
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah
bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -
Sahih Bukhari ”
★ Zina merajalela
“
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
★Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
★ merajalelanya alat muzik
“
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
★ Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
★ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -
Riwayat Ahmad dan Hakim ”
★ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
★ Ramai orang soleh meninggal dunia
“
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
★ Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia" - Riwayat Thabrani ”
★ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak
mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad ”
★ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
★ Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
★ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan
belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
★ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
★ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
★ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
★ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
★
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
★ Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
★ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
★ Orang akan melakukan homoseksual & lesbi
★ Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
★ Berkurangnya sifat amanah
★Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
★ Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
★ Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
★ Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
★ Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
★ Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik
umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan,
harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan
menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar
kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi
pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina
(berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi
ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang
lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa
dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat
muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk)
umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan
angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau
tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji
secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
★ Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerusakan
★ Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.
★ Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik uang)
★ Memandang rendah kepada darah
“
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila
telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya
bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan
terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran
sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka
menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling
sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
★ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat:
Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan
berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya
berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
★ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." -
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
★ Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar
dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari,
Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
★ Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak
akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah
kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada
ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
★ Banyaknya berlaku gempa bumi
★ Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
★ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat
tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya
berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu
pembunuhan - Sahih Bukhari ”
★ Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
★ Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
2. Tanda-tanda besar
Daripada
Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslimi)
Sepuluh
tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini
adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir
tibanya hari qiamat.Sepuluh tanda itu ialah:
★ Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti
selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua
orang kafir.

★ Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

★ Binatang
besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap
bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
★ Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah
swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat
daripada orang yang berdosa.

★ Turunnya
Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau
juga yang akan membunuh Dajjal.
★ Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
★ Gempa bumi di Timur.
★ Gempa bumi di Barat.
★ Gempa bumi di Semenanjung Arab.
★ Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
D. Penjelasan tentang Dajjal, Nabi Isa As dan Ya'juj dan Ma'juj
Dari Nawas bin Sam’an, dia berkata, “Pada suatu pagi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara mengenai Dajjal.
Kadang-kadang beliau merendahkan suaranya, kadang-kadang
meninggikannya, sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam sekelompok
lebah. Pada petang hari, kami mendatangi beliau dan beliau sudah
mengetahui persoalan kami.
Beliau bertanya, ‘Apa kabar kalian?’ Kami menjawab, ‘Wahai
Rasulullah, tadi pagi Anda berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang Anda
merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami
seolah-olah berada dalam sekerumunan lebah.’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, ‘Bukan Dajjal yang mengkhawatirkanku terhadap kalian semua.
Jika ia muncul dan aku masih berada di antara kamu, tentu aku akan
membelamu atasnya. Dan jika ia muncul, sedangkan aku sudah tidak ada di
sampingmu, maka setiap manusia akan menjadi pembela atas dirinya
sendiri, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menggantikanku menjadi pembela
atas setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda berambut keriting,
matanya picek dan aku lebih cenderung mengumpamakannya seperti Abdul
Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kamu yang bertemu dengannya,
bacakan kepadanya permulaan surat Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu
tempat sunyi antara Syam dan Iraq, lalu dia merusak ke kanan dan ke
kiri. Wahai hamba Allah, karena itu teguhkan pendirianmu!’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi?’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
menjawab, ’40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti
sebulan, satu hari seperti sepekan, dan selebihnya seperti hari-hari
kamu sekarang.’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, ketika
sehari seperti setahun, cukuplah bagi kami kalau shalat hanya sehari?’
Beliau menjawab, ‘Tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.’
Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa
kecepatan berjalan di bumi?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup
angin.’ Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya
beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya.
Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di
muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang
dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup
makan.
Kemudian dia mendatangi kaum yang lain
dan mengajak mereka supaya beriman kepadanya, tetapi mereka menolak
ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka akan
kering kerontang dan kekayaan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di
suatu negeri yang telah rusak binasa. Dia berkata, ‘Keluarkan
perbendaharaanmu!’ Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi
mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.
Kemudian dia memanggil seorang remaja
muda. Dia (Dajjal, ed) lalu memukulnya dengan pedang sehingga anak muda
itu terbelah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah yang
dilepaskan dari busurnya. Dajjal memanggil tubuh yang telah terbelah itu
kembali, kemudian dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri
sambil tertawa.
Sementara Dajjal asyik dengan
perbuatan-perbuatannya yang merusak. Allah Subhanahu wa Ta’ala
membangkitkan Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat
menara putih di sebelah timur Damaskus, memakai dua pakaian berwarna,
berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila menundukkan kepala, hujan pun
turun, dan apabila ia menengadahkan kepala, berjatuhan darinya
biji-biji perak bagaikan mutiara.
Setiap orang kafir yang mencium baunya
langsung mati. Bau napasnya tercium sejauh mata memandang. Maka
dicarinya Dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud (sebuah
kota dekat Baitul Maqdis), lalu dia membunuh Dajjal. Kemudian Isa bin
Maryam mendatangi kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka
dia mengusap wajah mereka dan mengabarkan kepada mereka tentang
kedudukannya di surga. Pada saat seperti itu, Allah mewahyukan kepada
Isa, ‘Sungguh, Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak terkalahkan
oleh siapa pun. Karena itu, selamatkanlah hamba-hamba-Ku (yang shalih)
ke bukit Thur.’
Lalu, Allah Subhanahu wa Ta’ala membangkitkan Ya’juj dan Ma’juj.
Mereka turun melandai dari tampat yang tinggi. Gelombang pertama
melewati Danau Thabariyah, lalu mereka meminum habis air telaga
tersebut. Kemudian, lewat pula rombongan yang lain. Mereka berkata,
‘Sesungguhnya dahulu di sini ada air.’ Kemudian Nabi Isa dan para
sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi
mereka daripada seratus dinar bagi seseorang pada hari itu (karena
kekurangan makanan).
Nabi Isa bin Maryam dan para sahabatnya
berdoa, kemudian Allah mengirim kepada mereka penyakit hidung seperti
yang menimpa hewan-hewan, sehingga pagi harinya mereka semua mati.
Kemudian, Nabi Isa dan para sahabatnya
turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapatinya melainkan
penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Kemudian, Nabiyullah Isa dan para
sahabatnya berdoa, semoga Allah berkenan menyingkirkan bangkai-bangkai
busuk itu.
Maka, Allah mengutus burung-burung
sebesar unta yang mengangkat bangkai-bangkai tersebut dan melemparkannya
ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan,
sehingga bersihlah bumi dari rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu.
Sehingga, bumi kelihatan bersih seperti kaca.
Kemudian Allah memerintahkan kepada bumi,
‘Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikan keberkatanmu!’ Seketika
itu, sekelompok keluarga kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat
berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu
seekor unta cukup untuk orang sekampung, susu seekor sapi cukup untuk
orang sekabilah, susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga
dekat.
Ketika mereka sedang berada dalam
keridhaan Allah yang demikian, tiba-tiba Allah mengirim angin sejuk
lewat ketiak mereka, maka tercabutlah ruh setiap orang mukmin dan orang
muslim. Maka, tinggallah orang-orang jahat belaka, mereka bercampur-baur
seperti keledai. Maka, ketika itu terjadilah kiamat.”
Jadi bagi Kaum Muslimin dan Muslimat perbanyaklah ibadah karena kita tidak tahu kapan datangnya kiamat.
Jadi bagi Kaum Muslimin dan Muslimat perbanyaklah ibadah karena kita tidak tahu kapan datangnya kiamat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar